SENARAI PAKEJ

SARAWAK 4H3M RM699

SEMENGGOH ORANG UTAN
JONG’S CROCODILE FARM
SARAWAK TRADITIONAL BOAT CRUISE

Hari 1

Hari 2

SERIKIN BORDER MARKET
FAIRY CAVE
WIND CAVE
TASIK BIRU
DBKU GALLERY

SARAWAK CULTURAL VILLAGE AND CULTURAL SHOW
CAT MUSEUM 
DBKU ORCHIDS GARDEN

Hari 3

Hari 4

KUCHING CIVIC CENTRE
MAIN BAZAR WATERFRONT
INDIAN STREET MARKET
KG GERSIK

SARAWAK 3H2M RM599

LOKASI-LOKASI MENARIK

SERIKIN BORDER MARKET

Image

Untuk membeli barangan kraftangan sebagai cenderahati dari Sarawak, anda boleh ke Pasar Serikin yang terletak di daerah Bau. Disini terdapat berbagai barangan menarik seperti tikar Sarawak, barangan kraftangan, kain sarung, kain batik, telekung, kasut, beg kulit dan bermacam-macam lagi. Pakaian memang banyak dijual disini.

TRADITIONAL BOAT CRUISE

Image

Sarawak River Cruise menawarkan pakej perjalanan menyusuri sungai selama 2 jam, pada harga antara RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Jamuan minum petang disediakan sepanjang tempoh 2 jam tersebut. Pengunjung disajikan dengan aneka Kek Lapis Sarawak dan kuih muih tradisional yang lain serta free flow jus oren. Pengunjung juga akan dipersembahkan dengan tarian Suku kaum Etnik Sarawak.

DBKU GALLERY

Image

Galeri Dewan Bandaraya Kuching Utama

FAIRY CAVE

Image

Gua Pari juga cukup menarik untuk dilawati. Pengunjung perlu memanjat bangunan yang dibina sebagai tangga untuk ke pintu masuk laluan gua. Didalam gua terdapat laluan yang disediakan untuk meneroka dan tangga untuk memanjat ke Gua Pari yang terletak agak tinggi diatas bukit.

WIND CAVE

Image

Melawat Gua Angin memberikan pengalaman baru dan rasa kagum pada keindahan alam semulajadi. Stalaktit dan stalagmit yang wujud didalam gua ini dikatakan terbentuk lebih 60 juta tahun yang lalu. Gua ini pernah dihuni manusia pada zaman dahulu dan sumber air juga terdapat dalam gua.

TASIK BIRU

Image

Tasik Biru di Bau, Sarawak yang terletak kira-kira 35 kilometer dari Bandaraya Kuching.Mengikut cerita dongeng penduduk setempat, tasik ini dikatakan menjadi habitat kura-kura emas yang menyebabkan ia menjadi tumpuan ramai. Dan daripada cerita mitos pula, dikatakan Tasik Biru ini dikaitkan dengan misteri kemunculan tiga raksasa sekitar tahun 1988 yang dikatakan berukuran tiga meter panjang berenang di bawah permukaan tasik mengakibatkan pemandangan cantik ini tampak suram dan menyeramkan.

JONG’S CROCODILE FARM

Image

Jong's Crocodile Farm ialah tempat pembiakan buaya yang terbesar di Malaysia. Jong's Crocodile Farm ini bukan sekadar ladang biasa. Selain kandang buaya, disini juga terdapat muzium yang mempamerkan berbagai maklumat tentang buaya. Kepala Bujang Senang, iaitu buaya terbesar yang ditangkap di Sarawak turut dipamerkan. Lawatan anda tidak berakhir disitu kerana di ladang ini juga terdapat berbagai jenis binatang lain seperti burung merak, monyet, rusa dan Arapaima yang bersaiz 10 kaki dengan berat melebihi 180kg.

SARAWAK CULTURAL VILLAGE AND CULTURAL SHOW

Image

Kampung Budaya Sarawak ialah tempat menarik di Kuching yang mesti dilawati jika berkunjung ke Bumi Kenyalang. Anda akan dapat melihat kebudayaan dan cara hidup tradisional masyarakat Sarawak dari pelbagai kaum. Kawasan seluas 17 ekar ini mempunyai rumah-rumah tradisional etnik yang ada di Sarawak seperti rumah panjang Bidayuh, rumah panjang Iban, rumah tinggi Melanau dan lain-lain lagi.

CAT MUSEUM

Image

Satu-satunya muzium kucing di Malaysia terletak di bandaraya Kuching, Sarawak. Lokasinya ialah di tingkat bawah bangunan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara. Muzium ini mempamerkan berbagai aksesori kucing, patung kucing, lukisan kucing, stem, poskad dan macam-macam lagi yang berkaitan kucing. Malah Hello Kitty dan Garfield pun ada disini. Berbagai maklumat berkaitan kucing juga dikongsikan dengan pengunjung melalui gambar, poster dan bahan bacaan.

DBKU ORCHIDS GARDEN

Image

Orchid Park atau Orchid Garden terletak berhampiran dengan Dewan Undangan Negeri Sarawak. Taman bunga di tengah bandar ini adalah tempat menarik di Kuching yang cukup popular dikalangan peminat orkid. Terdapat berbagai spesis orkid boleh dilihat disini. Kawasannya agak luas iaitu 3.5 ekar, namun ia tersusun dengan kemas dan cantik. Pokok-pokok orkid ditanam di kiri kanan lorong pejalan kaki. Taman ini juga dihiasi lanskap yang cantik dengan kolam air dan wakaf untuk pengunjung berehat.

KUCHING CIVIC CENTRE

Image

Salah satu mercu tanda bandaraya ini ialah Dewan Suarah Negeri Kuching atau juga dikenali sebagai Kuching Civic Centre. Rekabentuknya sangat unik iaitu seperti sebuah payung. Dari atas menara ini, pengunjung boleh melihat pemandangan menarik seluruh bandaraya Kuching dan kawasan sekitar. Malah jika cuaca cerah, pengunjung boleh melihat hingga ke Gunung Serapi, Gunung Santubong dan juga pergunungan Kalimantan.

MAIN BAZAR WATERFRONT

Image

Jika anda mencari tempat menarik di Kuching waktu malam, sila ke Kuching Waterfront. Suasana cukup meriah dengan persembahan, orang-ramai yang menjamu selera di gerai-gerai dan juga restoran bersama keluarga atau rakan-rakan memberi suasana bagaikan pesta. Pemandangan juga lebih menarik dengan lampu berwarna-warni diseberang sungai Sarawak.

INDIAN STREET MARKET

Image

Bandaraya Kuching juga mempunyai Lebuh India seperti di Semenanjung. Terletak berdekatan dengan Kuching Waterfront. Boleh dilawati pada waktu siang sahaja. Hari sabtu merupakan hari paling sibuk di India Street. Berbagai macam barang ada di sini. Anda boleh menawar harga pada harga yang lebih murah. Kedai kain/tekstil banyak di sini. harga sememangnya berpatutan dan anda semestinya berpuashati dengan pilihan yang ada.

KG GERSIK

Image

Antara tempat makan yang menarik di Sarawak. Terdapat banyak jualan kek lapis Sarawak dengan pelbagai pilihan rasa dan warna yang dijual di Kg Gersik.

Share this