SENARAI PAKEJ

KUNDASANG 1H RM150

KINABALU PARK
DAIRY FARM
ARNAB VILLAGE
PORING HOT SPRING/WONDERLAND
LUANTI FISH MASSAGE

Hari 1

KOTA KINABALU 4H3M RM699
KUNDASANG 5H4M RM850

LOKASI-LOKASI MENARIK

RUMAH TERBALIK

Image

Antara salah satu tarikan di sabah, Rumah itu dibina di Tamparuli dengan kos sebanyak RM500,000 oleh usahawan Alexander Yee. Dibuka kepada orang ramai pada awal Februari 2012, dan semua struktur di dalam rumah dalam keadaan terbalik, dari perabot untuk aksesori rumah, berlegar di atas kepala kita, kerana silingnya tempat lalauan utuk dipijak dan melangkah dan itulah keunikan rumah terbalik semua yang kita nampak dalam keadaan terbalik dan memeningkan.

JAMBATAN TAMPARULI

Image

Jambatan Tamparuli memang cukup terkenal. Bagi mereka yang pernah melalui jambatan gantung ini pasti akan merasa seperti beralun seolah-olah bermain dengan ombak. Boleh pening dan gayat. Sayangnya, jambatan lama telah musnah selepas dilanda banjir besar sekitar tahun 1930an. Sebagai ganti, sebatang jambatan baru sepanjang 200 meter telah dibina ditempat yang sama. Jambatan baru ternyata lebih kukuh berbanding jambatan sebelumnya kerana bahannya menggunakan gabungan simen dan besi.

KINABALU PARK

Image

Kinabalu Park adalah pintu masuk ke gunung kinabalu, apa yang menarik di sini kita boleh melihat gunung kinabalu dengan jarak dekat serta disajikan dengan pemandangan yang sangat cantik dan paling best suhu di sini sejuk, apabila anda bercakap di awal pagi atau lewat petang, mulut kita seolah-olah mengeluarkan asap kesan cuaca sejuk di sini.

DAIRY FARM

Image

Desa Castle@ Desa Dairy Farm ini adalah sebuah ladang perternakan lembu dan kambing, tapi lembu yang dirternak bukan jenis lembu biasa, lembu daripada baka luar negara, senang cerita jenis lembu yang selalu kita lihat di New zealand yang bertompok-tompok hitam putih dan bersaiz agak besar daripada lembu biasa. Cuaca di sini agak sejuk dan berkabus dan yang paling menarik lanskap ladang ternakan ini umpama senibina ladang ternakan di negara eropah dan berlatar belakangkan pemandangan gunung kinabalu. Ketinggian kawasan ini 2100M daripada aras laut, itu menyebabkan rumput yang ditanam untuk makanan lembu tumbuh dengan subur, hijau mata memandang dan gunung kinabalu nampak sangat dekat, jadi bagi anda yang suka bergambar memang saya syorkan untuk datang ke Desa Dairy Farm, Melisau Highland, Kundasang Sabah.

WAR MEMORIAL KUNDASANG

Image

Kawasan ini menempatkan tugu peringatan semasa perang kedua melanda. Memorial ini dibina untuk memperingati satu kecelakaan besar semasa perang dunia kedua dulu iaitu Sandakan Death Marches. dalam peristiwa tersebut 2428 orang askar Australia dan British yang ditangkap dalam siri battle of singapore(1942) telah dihantar ke borneo untuk menjadi tahanan perang diKem POW Sandakan.

ARNAB VILLAGE

Image

Tempat ini sememangnya sesuai bagi anda yang menyukai haiwan yang comel ini. Di sini, anda boleh memberi makanan kepada arnab-arnab dengan syarat makanan diperolehi daripada kaunter pendaftaran tadi. Anda juga boleh bermain, mengusap, bergambar dan sebagainya selagi ianya tidak mendatangkan kemudaratan atau kecederaan terhadap arnab-arnab ini. Tiada masa yang dihadkan dalam memasuki taman ini, bermakna anda boleh berada di taman ini sebaik dibuka sehingga ditutup pada waktu petang. Bagi makluman pembaca, arnab yang terdapat dalam taman ini sangat jinak dan akan berusaha mendekati anda dengan harapan diberikan makanan.

FISH MASSAGE LUANTI

Image

Ikan-ikan kebanyakannya jenis ‘Ikan pelian’ atau ikan kelah yang hidup dalam habitat semula jadi mereka. Sebaik sahaja anda masuk ke dalam sungai, ikan-ikan akan datang di sekeliling anda dan menggigit lapisan kulit yang mati pada kaki anda. Terasa sakit-sakit juga mulut ikan menyedut kaki dan betis kita. Ikan-ikan juga ada yang bersaiz besar tetapi mereka sangat lembut dan tidak bertaring. Setiap pengunjung diperuntukkan masa 15 minit untuk memberi peluang kepada orang lain untuk mempunyai mereka rawatan “spa” oleh ikan.

SABAH TEA

Image

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah anda boleh melawat ladang tea organik, melihat cara tea diproses di kilang, membeli cenderahati terutama produk berasakan tea & menjamu salera di cafe yang disediakan.

SNORKELING AT SAPI ISLAND

Image

Pulau Sapi adalah pulau yang terletak di Taman Tunku Abdul Rahman. Pulau Sapi dibangunkan dengan kemudahan pelancong yang termasuk jeti, perlindungan berkelah, tempat memanggang, meja, bilik persalinan, dan bilik air. Jika singgah di jeti Jesselton Point dan tidak tahu pulau mana yang ingin dikunjungi, selain Pulau Manukan, kami cadangkan anda pergi Pulau Sapi.

SNORKELING AT MANUKAN ISLAND

Image

Pulau Manukan adalah pulau yang paling popular di kawasan Kota Kinabalu. Pulau ini juga mempunyai beberapa kawasan yang terbentang baik di pantai selatan. Pantai yang terbaik adalah di kawasan hujung timur pulau itu. Pada luar pesisir Pulau Manukan terdapat terumbu karang yang sangat sesuai untuk diselam.

MASJID TERAPUNG

Image

Tersergam indah di Teluk Likas, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah menarik perhatian ramai pengunjung dengan keunikan seni binanya. Ini disebabkan masjid di Jalan Pasir itu dibina di dalam kolam buatan manusia, sekali gus memberi ilusi ia seolah-olah terapung kerana dikelilingi air. Lebih menarik, ia terletak di kawasan pesisiran pantai dengan pemandangan laut di Teluk Likas.

SIGNAL HILL

Image

Signal Hill Observatory Platform, yang merupakan antara lokasi yang teringgi dan strategik untuk menyaksikan keindahan Kota Kinabalu. Ia terletak berdekatan Padang Merdeka, hanya beberapa minit sahaja jaraknya jika anda menaiki kenderaan untuk kesini.

MUZIUM SABAH

Image

Muzium sabah merupakan muzium terbesar daripada beberapa banyak muzium di Sabah. Kompleks bangunan yang dibina pada tahun 1985 ini, mengandungi Bangunan Utama, Pusat Sains dan Pendidikan, Kampung Budaya, Galeri Seni Lukis Sabah dan Muzium Tamadun Islam. Misi utama muzium ini ditubuhkan adalah untuk mengumpul, memelihara dan memulihara dokumen etnografi, arkeologi, sejarah, numismatik, seni-sejarah, botani, koleksi zoologi dan mineralogi dari seluruh negeri, dan bagi menjalankan penyelidikan tentang pentingnya bagi mengetahui sejarah negeri ini, budaya, dan sejarah sosial.

PERDANA PARK( SUNSET VIEW)

Image

Kawasan ini dijaga dengan rapi dan bersih dengan kerjasama Timatch. Persekitarannya yang sejuk oleh angin dari pantai Tanjung Aru menjadikan ramai yang ke sana di waktu petang terutama sewaktu hujung minggu. Di sebelah malam pula, pertunjukkan air pancut berwarna-warni di adakan bermula pukul 7 malam.

PASAR PHILIPHINES

Image

Terletak di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens, Pasar Kraftangan yang juga dikenali sebagai Pasar Filipina di kalangan penduduk tempatan, menjadi destinasi wajib yang perlu dikunjungi bagi mendapatkan cenderamata apabila anda melawat Sabah. Ianya terletak di sepanjang jalan yang sama dengan Kota Kinabalu Waterfront dan mengambil masa antara 5 hingga 10 minit berjalan kaki dari pusat bandaraya. Lokasi secara lebih spesifik, pasar tersebut terletak berhadapan dengan Hotel Le Meridien Kota Kinabalu.

JAMILAH JEWELRY

Image

Terletak tidak jauh dari pasar philipines dan menjual pelbagai jenis mutiara. Dari mutiara yang murah sehingga mutiara yang mahal.

KAMPUNG MELANGKAP TIONG

Image

Antara keunikan kg ini adalah keindahan Gunung Kinabalu dan bentangan banjaran Croker, terlihat jelas dari setiap sudut di kg ini. Selain itu terdapat juga Sungai Panataran yang mengalir jernih dari Gunung Kinabalu dan terdapat juga Taman Pelancungan yang terletak di Kg Melangkap Baru, merupakan destinasi utama tempat beriadah yang paling digemari.

PROBOSCIS MONKEY

Image

Asalnya merupakan kawasan ladang kelapa sawit seluas 400 ekar. Namun, setelah menyedari sebahagian kawasan bakau di dalam kawasan ladang kelapa sawit ini menjadi habitat kepada monyet-monyet Belanda, pemilik tanah ini telah membangunkan kawasan ini sebagai sanctuary Monyet Belanda untuk dipelihara daripada di ancam kepupusan.

KAMPUNG RAMPAYAN LAUT

Image

Kampung ini merupakan lokasi perkampungan tertua bagi kaum Iranun. Kampung ini terdapat serangga kelip-kelip yang mengeluarkan warna kuning (kelipannya) menjadi tarikan kepada pelancong. Serangga tuntung namanya dalam bahasa tempatan,mengeluarkan cahaya kuning diperutnya.

TANJUNG SIMPANG MENGAYAU

Image

Merupakan tempat yang cukup dikenali sebagai 'Tanduk Negeri Sabah'. Kalau tengok dekat peta akan nampak bentuk macam kepala anjing. Itulah dipanggil tip of borneo. Ia cukup terkenal dengan pertemuan Laut China Selatan dan juga Laut Sulu.

KELAMBU BEACH

Image

Pantai Kelambu sememangnya merupakan salah satu pantai terbaik di Sabah dengan lautan akuatik yang biru dan jernih dan pasir putih yang indah yang diliputi oleh pulau-pulau yang mengagumkan. Air laut yang jernih sanat sesuai dengan pelbagai aktiviti seperti speed boating, ski air, berenang, dan snorkeling. Suasana Pantai Kelambu yang indah merupakan tempat yang sempurna untuk piknik bersama keluarga, bersiar-siar di tepi pantai, mengutip kerang atau cengkerang siput atau menikmati matahari terbenam yang cantik.

MARANJAK RUNGUS LONGHOUSE LODGE

Image

Homestay Maranjak Longhouse diperbuat daripada bahan tradisional sepenuhnya seperti bambu yang dibelah dijadikan dinding dan daun nipah dijadikan sebagai atap. Rumah panjang ini dilengkapi sepenuhnya dengan gaya tradisional dengan meja makan tradisional, bilik, cahaya, serta dari segi makanan yang disajikan.

LADANG MADU LEBAH GOMBIZOU

Image

Kampung Gombizou memang terkenal dengan industri penternakan lebah sejak lebih daripada 10 tahun lalu. Kelebihan tempat ini ialah anda boleh membeli madu lebah asli dengan harga yang sangat berpatutan. Anda juga berpeluang untuk melihat bagaimana madu lebah diambil tanpa disengat oleh lebah.

PORING HOT SPRING/WONDERLAND

Image

Poring merupakan nama Kadazan Dusun untuk sejenis spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu, Poring terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik. Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan. Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dan setinggi 41 meter di atas pokok. Terdapat juga Taman Kupu-kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid di sini.

Share this